sumber dari publicgold sarawak
Assalamualaikum semua,
Melihatkan
tajuknya saya rasa anda automatik ingin tahu perbandingan secara
calculation dan penerangan terperinci bukan. Ok kita fast forward..
Kebiasaannya
bila saya buat simpanan urusan di kaunter bank, pegawai bank selalunya
bertanya “Encik, Tak nak apply ASB loan ke?” Saya selalu jawab, “Tak
apa lah dulu biar saya simpan sendiri.”
Yang
sebenarnya saya rasa tak mampu nak servis loan lagi kerana cashflow
baru saja jadi positif setelah pengstrukturan semula kewangan. Ambil
loan baru bermakna nak masuk ke negative cashflow semula dan mencekik
leher sendiri.
Satu
pekara lagi adalah kadar faedah ASB loan pada ketika itu pada saya agak
tinggi. Beza antara kadar faedah ASB Loan dengan kadar dividend ASB
rasanya amat sikit sangat. Margin pulangan adalah rendah jika
dibandingkan dengan risiko yang perlu diambil. Tak di tolak dengan
kenaikan harga barang lagi (baca 3-4% Inflasi). Rasanya dah memang confirm memang jadi negative cashflow.
Baru-baru nie setelah kadar BLR turun saya ada terjumpa brocure ASB loan dari Maybank yang pada saya agak menarik perhatian. (Download Brochure)

Saya
banyak surf internet mengenai ASB loan ini. Ada yang pro, ada yang
kontra. Ada bermacam kaedah pengiraan dan simulasi membandingkan cara
menggunakan ASB Loan dengan cara simpan sendiri. Ada yang kata ASB Loan
lebih untung dan ada yang kata simpan sendiri lebih untung.
Apa
pandangan anda ? Simpan sendiri lebih baik atau guna ASB loan ini ?..
Jawapannya.. terserah kepada anda sendiri. Setiap orang punya matlamat
dan keperluan masing-masing. Mungkin lebih baik anda simpan sendiri dan
mungkin bagi yang lain adalah lebih baik menggunakan ASB loan ini.
Izinkan
saya kongsikan sedikit pandangan saya. ASB Loan ini hanyalah salah satu
“alat” kewangan. Dah namanya alat kita mesti tahu macam mana untuk
menggunakannya. Kalau silap cara penggunaaan sesuatu alat itu mungkin
akan makan tuan sendiri.

Robert
Kiyosaki dan Azizi Ali ada menyatakan mengenai “Good Debt” dan “Bad
Debt”. “Good Debt” adalah satu hutang yang kita ambil tetapi akan
menambahkan aliran tunai kedalam poket kita manakala “Bad Debt” adalah
hutang yang kita ambil tetapi hanya menyebabkan tunai keluar dari poket
kita.
Dari brochure ASB Loan ini ada jadual bayaran bulanan. Dari jadual tersebut jika kita ambil contoh RM100,000 loan untuk tempoh 20 tahun bayaran bulanan adalah sebanyak RM658 sebulan.
Dalam
pelaburan semestinya kita memerlukan modal. Untuk ASB loan ini, bayaran
installment selama setahun saya kira sebagai modal kerana ASB hanya
membayar dividen setahun sekali maka pada tahun pertama kita harus
keluarkan wang dari poket sendiri. Dengan bayaran bulanan RM658 bermakna modal yang perlu adalah sebanyak RM658 x 12 bulan iaitu RM 7,896.00
Dengan
positif cashflow, bermakna installment untuk loan tersebut bagi tahun
kedua dan seterusnya kita tak perlu bayar menggunakan wang poket sendiri
tetapi dibayar dengan menggunakan wang dividen ASB sendiri. Setelah
tamat tempoh 20 tahun nanti Sijil ASB bernilai RM100,000 akan jadi milik
kita sepenuhnya. Labur RM7,896 dan 20 tahun kemudian kita dapat
pulangan RM100,000 atau pun lebih kurang 13.684 kali ganda.
Jika
modal RM7,896 tersebut kita masukkan dalam ASB dan biarkan
keuntungannya dilaburkan semula selama 20 tahun iaitu dengan menggunakan
compounding effect hasilnya adalah seperti dibawah….

Setelah
20 tahun nilai pelaburan sebanyak RM7,896 akan menjadi RM 36,802.92
iaitu lebih kurang 4.66 kali ganda. Nampaknya melabur menggunakan ASB
Loan ini memberi pulangan yang lebih tinggi tetapi harus juga kita
fikirkan risikonya.
Risiko ASB Loan
High
risk, High return… nak untung lebih kita mesti berani amik risiko yang
lebih. Untuk ASB Loan nie ada beberapa risiko yang saya nampak:
- Jika kadar BLR naik menyebabkan interest loan lebih tinggi dari dividen ASB. Pelaburan ini mungkin menjadi negative cash flow.
- Loan ini akan masuk rekod CCRIS kita menunjukkan kita banyak hutang. Mesti jadi great paymaster biar rekod CCRIS cantik.
- Harus bayar loan tiap bulan jika tidak akan dikenakan late payment penalty sebanyak 1% dari jumlah tertungak. Agak banyak jugak tu.
- Lock in Period selama 5 tahun. Paling kurang kita mesti maintain loan ini selama 5 tahun untuk mengelakan exit fee yang agak tinggi.
Dari web site RHB exit fee adalah seperti berikut
- First 2 years: 3% of approved loan amount ie RM3000 jika loan sebanyak 100K
- 3rd to 5 year: 1% of approved loan amount ie RM1000 jika loan sebanyak 100K. However, No Exit fee if settled using own funds.
Fikirkanlah
segala risiko sebelum menggunakan “alat ini”. Bagi saya segala risiko
yang saya nyatakan di atas adalah di bawah kawalan diri kita sendiri kecuali risiko no 1.
Bagi saya selagi pulangan dividen ASB boleh membayar loan tersebut ia
boleh diteruskan tetapi jika merugikan baiklah kita berhentikan. Take only Good Debt.
Ingin
saya nyatakan, saya hanya berkongsi analisa dan pandangan sendiri
mengenai ASB Loan ini. Bukannya menggalakkan anda memohannya. Ukur
dengan kemampuan dan disiplin diri sendiri serta risikonya sebelum
membuat keputusan menggunaan alat ini atau tidak.
- Tak tolak kenaikan kadar inflasi + zakat lagi..

Kadar keuntungan ASB semakin susut
Easy Payment Purchase (EPP) membeli emas
- Pembelian emas secara ansuran selama 4 bulan. (25% dari jumlah harga emas pada setiap bulan).
- Contoh: Pembelian 1 Dinar beharga RM800. Kadar admin fee di caj adalah 0.5% dari RM800 iaitu RM4 sahaja.
Ok, saya bagi contoh pengiraan pembayaran EPP dengan Public Gold…..
Jika pembeli membeli ingin membeli Bar emas 10 gram…
Harga sekarang = RM1,885.00
Admin fee 0.5% = RM9.43
Bayaran ansuran pertama = RM471.25 + RM9.43
Bayaran bulanan kedua dan seterusnya = RM471.25
- Jadi pada bulan pertama iaitu bulan pembelian dibuat pelanggan hanya perlu membayar amaun sebanyak:
- RM471.25 + RM9.43 (admin fee) = RM480.68
- Bulan berikutnya, pelanggan hanya perlu membayar RM471.25 sahaja.
- Setelah pembayaran selesai dibuat, barulah pihak Public Gold akan memberikan emas kepada anda..
- Mudah kan??? Sekurang-kurangnya, dapat meringankan beban pelanggan yang berminat membeli emas…
Kelebihan Easy Payment Purchase (EPP)
- Dengan modal sekitar RM400 – RM500 sebulan anda dapat memiliki sekurang-kurangnya 30 gram emas 999.9 pada setiap tahun! (Zakat emas belum dikenakan kerana masih kurang dari kadar nisab iaitu 85 gram)
- Kenaikan harga emas secara purata sekitar 20% setahun!
- Kaedah ini anda membolehkan anda bebas hutang!
- Kenaikan harga emas tak perlu tunggu 31 December pada setiap tahun.. Anda boleh monitor sepanjang bulan dan boleh decide nak jual balik anytime as long harga jual balik sudah melepasi harga belian anda dulu =)
- Suami isteri pakat seorang keluar modal RM200 – 250 seorang setiap bulan.. Lebih mudah nak beli emas ..



Tiada ulasan:
Catat Ulasan