sumber dari pelabur jutawan
Alhamdulillah,
Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk berkongsi
sedikit ilmu dan panduan pelaburan emas fizikal kepada para pembaca
sekalian.
Saya
kira para pengunjung blog ini, dealer2 dan rakan2 yang pernah berjumpa
ataupun menghadiri seminar2 saya telah sedia maklum yang saya adalah
seorang Pelabur Emas & Perak fizikal yang memilih produk emas dan
perak keluaran Public Gold sebagai produk pelaburan saya.
Minat
dan kesungguhan saya dalam bidang pelaburan bermula sejak di bangku
sekolah lagi, dan itulah Passion utama saya, sehinggakan saya sendiri
sebenarnya tidak pernah bercita-cita untuk menjawat sebarang jawatan
ataupun kerjaya melainkan dengan menjadi seorang pelabur sepenuh masa.
Dan
sejak saya berusia 21 tahun, saya mula melibatkan diri dalam pelbagai
bentuk pelaburan dengan tujuan untuk mempelajari selok belok, strategi,
jenis2 dan konsep2 pelaburan yang baik bagi mencapai matlamat Financial
Freedom di usia muda.
Sehingga
ke hari ini, saya telah melibatkan diri secara serius dalam bidang
pelaburan ini selama kira2 5 tahun dan kini saya seorang pelabur sepenuh
masa dengan pendapatan bulanan dari pelbagai bentuk pelaburan termasuk
di bidang pertanian, hartanah, unit amanah dan juga komoditi fizikal
emas dan perak.
Sebagai
seorang pelabur yang sememangnya serius dalam bidang ini, saya
mempunyai beberapa garis panduan utama yang menjadi asas pertimbangan
ketika membuat pemilihan syarikat yang menjual / mengeluarkan komoditi
emas dan perak fizikal ini, kerana mereka juga sebenarnya berperanan
untuk mempengaruhi untung dan rugi saya dalam pelaburan ini.
Ianya adalah:
1- Pemilihan jenis dan variasi produk yang bersesuaian.
Sebagai
produk pelaburan, variasi emas yang menjadi pilihan perlulah
bersesuaian dengan matlamat seseorang dalam membuat pelaburan. Justeru,
variasi pilihannya perlulah memiliki bentuk, berat serta ketulenan yang
sama agar rancangan pelaburan kita dapat diurus dengan baik.
Dalam konteks ini, emas perhiasan wajar diabaikan kerana ianya tidak memiliki berat, saiz dan ketulenan yang standard.
Di
Public Gold, saya mempunyai pilihan variasi produk yang banyak untuk
disesuaikan dengan matlamat dan tujuan pelaburan saya, sekaligus ianya
membantu untuk memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kerugian.
2- Harga yang kompetitif dan selaras di pasaran antarabangsa.
Disebabkan
emas dan perak bukanlah barang kawalan, justeru penetapan harganya
adalah bergantung kepada si penjual, dan sekiranya si pelabur tidak tahu
apakah justifikasi penetapan harga yang digunapakai oleh si penjual,
ianya amat membahayakan posisi seorang pelabur kerana nisbah diantara
kadar risiko kadar keuntungan (Risk Reward Ratio) sukar ditetapkan
disebabkan ia tertakluk kepada manipulasi harga oleh si penjual.
Sebagai
pelabur, yang menjadi perbandingan utama saya bukanlah "Harga Jualan"
emas tersebut, sebaliknya "Harga Belian" baliknya yang perlu saya beri
keutamaan kerana keuntungan saya ditentukan ketika saya jual, bukan
ketika saya beli.
Di
Public Gold, harga jualan dan beliannya amat transparent kerana ianya
berpandukan kepada harga semasa yang dipaparkan secara Live oleh
www.kitco.com, dan Public Gold juga mengemaskini harganya setiap 20
minit sekali mengikut harga semasa di pasaran antarabangsa dan ianya
memberikan kelebihan kepada Pelabur untuk membeli dan menjual semula
dalam jangkamasa pendek dan sederhana.
3- Kadar Spread yang kompetitif.
Kadar
spread memainkan peranan yang agak penting kerana spread yang besar
akan menyebabkan keuntungan si pelabur sedikit dan lambat untuk mencapai
tempoh Breakeven (Balik Modal).
Spread
yang kompetitif adalah sekitar 4-6% dan kadar spread yang melebih 10%
adalah kurang sesuai untuk dijadikan sebagai produk pelaburan.
Di
Public Gold, kadar spread yang dikenakan hanyalah sekitar 4.5 - 8%
sahaja, dan dengan menjadi Dealer, si pelabur dapat menikmati kadar
spread serendah 2 - 5.5% sahaja!
4- Faktor Kecairan
Sebagai
pelabur, untung atau rugi cuma akan saya ketahui apabila emas itu telah
dijual (bukan apabila ia telah digadaikan). Bermakna, walaupun emas itu
dibeli ketika harganya murah, namun ia belum dijual lagi, maka ianya
masih belum boleh dikatakan sebagai untung.
Justeru,
jika emas yang saya beli sukar untuk dijual, perlu mencari customer
untuk mrmbelinya, perlu dilelong dan berlawan harga untuk mendapat
keuntungan, bermakna ia sukar dicairkan sekaligus akan menyebabkan
keuntungannya sukar diperolehi.
Dan
sebagai seorang pelabur, amat berisiko besar sekiranya mereka cuma tahu
membeli emas tetapi tidak tahu adakah si penjual tadi akan menjamin
belian balik dan berkemampuan untuk membeli balik, kerana jika saya
tidak pasti bagaimana mahu menjualnya, maka saya juga tidak pasti
samaada saya boleh untung ataupun tidak dengannya. Kerana itu saya tidak
akan membeli emas terutamanya berbentuk barangan kemas yang dijual oleh
orang perseorangan.
Di
Public Gold, kemampuan mereka untuk membeli balik produk jualan mereka
telah teruji sepanjang 3 tahun perniagaannya, bahkan promosi pada bulan
Disember ini mereka turut menawarkan harga terbaik untuk membeli
sebarang bentuk dan jenis emas tidak kira siapa pengeluar dan
penjualnya.
Bermakna, bukan sahaja mereka mampu untuk membeli balik produk mereka, bahkan produk syarikat lain juga!
5- Faktor Mudah Cair
Faktor
ini juga amat penting kerana ianya akan menentukan samaada emas yang
dibeli itu mudah atau tidak untuk dijual semula kepada si penjual. Tidak
berbaloi rasanya hanya untuk menjual sekeping emas, saya terpaksa
memandu dari kuala lumpur ke Pulau Pinang disebabkan syarikat si penjual
tadi hanya ada satu sahaja di sana.
Jadi,
sebagai seorang pelabur saya mahukan tahap kemudah cairan yang tinggi
agar saya boleh menjualnya semula kepada syarikat ataupun wakilnya
(asalkan harga belian balik sama).
Bermakna
saya tidak perlu bimbang jika saya pergi kemana saja di seluruh
Malaysia dan tiba-tiba memerlukan sejumlah tunai dan ingin menjualkan
emas yang ada, bahkan saya juga boleh mencadangkan kepada rakan2 atau
saudara-mara saya yang ada di mana2 agar membuat pelaburan emas kerana
mereka boleh membeli dan menjualnya semula dengan mudah.
Setakat
ini, tahap kemudahcairan untuk produk Public Gold adalah yang tertinggi
disebabkan mereka mempunyai 14 cawangan di setiap negeri termasuk
Sarawak, dengan tambahan 3 cawangan lagi di sekitar Lembah Klang dan
bukan itu sahaja, Dealer2 Public Gold juga telah mencecah seramai 17,000
di seluruh Malaysia.
Ini
bermakna saya boleh menjual semula produk2 Public Gold dengan mudah
samaada terus kepada Public Gold atau pun kepada Dealer2 yang
berhampiran. Disebabkan cawangan syarikat yang banyak, permintaan untuk
belian balik emas Public Gold dari Dealer2 amat tinggi kerana mereka
juga boleh menjual semula kepada Public Gold dengan mudah pada bila2
masa sahaja.
Kenapa
saya memilih Public Gold? kerana saya adalah seorang PELABUR dan Public
Gold adalah platform terbaik bagi pelaburan emas dan perak fizikal di
Malaysia bagi seorang Pelabur seperti saya.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan