Ada ramai yang tanya
saya pasal pelaburan (terutamanya tentang emas), walaupun saya bukanlah
orang yang layak bagi nasihat pelaburan. Ada juga yang tanya pelaburan
apa yang paling baik. Soalan standard saya ialah kenapa nak melabur? Ada yang jawab sebab nak buat income.
Kenapa Nak Melabur?
Pada
saya, pelaburan bukan tempat yang sangat baik untuk buat duit bagi
orang kebanyakkan. Pelaburan sebenar hanyalah tempat yang ideal untuk
orang kaya-kaya sahaja. Kalau setakat RM20,000, RM30,000, berapa sangat
yang kita boleh dapat?
Kalau
nak buat duit, lebih baik cari kerja ataupun buat bisnes! 'Return on
investment'nya jauh lebih tinggi kalau kita kerja ataupun bisnes.
Habis
tu, kenapa saya beli emas? Sebabnya duit tu dah tak produktif.
Daripada duit tu tak bergerak dan sentiasa susut dimakan inflasi, lebih
baik saya tukar kepada emas. Duit tu memang saya tak pakai dalam masa
setahun.
Melabur Sebab Duit Dah Tak Produktif
Dulu
masa saya start bisnes main-main, saya keluarkan modal RM400. Bila ada
orang order barang, saya guna duit tu untuk beli produk dan hantar
pada pelanggan. Dapat untung saya simpan. Dapat lagi untung, saya
simpan lagi, lagi dan lagi. Tapi sampai satu tahap, simpanan hasil
bisnes main-main saya dah jadi RM7,000.
Lama-lama,
saya perasan, bisnes kecil-kecilan saya tak perlukan modal pusingan
sampai RM7,000. RM7,000 tu terlalu besar. Duit yang bergerak keluar
masuk untuk pusing bisnes cuma RM3,000. Lagi RM4,000 tu memang tak
bergerak. Duit tu dah tak efisien lagi...
Melupakan Simpanan Dengan Emas & Perak
So, saya fikir-fikir, daripada
duit tu tak bergerak, lebih baik saya campakkan ke tempat lain yang
lebih baik. Sebahagiannya saya campak dalam tabung haji untuk dapat
dividen, sebahagiannya saya beli silver bar. Dan akan datang, duit extra hasil bisnes, saya akan beli dinar emas, gold bar dan syiling emas.
Kalau
lebih RM600 beli emas, kalau lebih RM1,000 - RM4,000, beli gold bar
ataupun syiling kijang emas. Itulah lebih kurang plan saya untuk akan
datang.
Kenapa asyik nak beli emas dan perak? Sebabnya, saya nak lupakan duit tu. Ia adalah simpanan untuk dilupakan. Salah satu sebab kenapa orang kaya jadi kaya ialah dia simpan duit secara konsisten, dan duit tu tak diusik-usik.
Melabur Jangka Panjang dan REAL Property
Dan
saya perhati, memang itulah cara orang bisnes buat. Bila duit bisnes
dah melimpah ruah, dia akan campakkan duit tu dalam pelaburan. Dan apa
yang Chef Li bagi tau, kebanyakkan "jutawan senyap" suka melabur dalam real property dan pelaburan bersifat jangka panjang.
Ada duit beli rumah (untuk disewakan), beli tanah, beli lot kedai dsb.
Kalaupun mereka beli saham, mereka akan beli untuk jangka panjang.
Bukannya beli hari ni, esok jual.
Orang
bisnes melabur bukan sebenar-benarnya untuk buat duit, tapi sebabnya
duit tu dah tak lagi efisien untuk pusing bisnes mereka. Itu benar-benar
duit lebihan, bukan duit yang nak pakai sehari dua.
Jadi,
kalau nak melabur sebab nak buat duit, saya rasa ianya tak berbaloi.
Sebabnya, pelabur sebenar melabur lepas mereka buat duit dari bisnes.
Berbisnes dulu baru melabur...
Wallahu a'lam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan