ASSALAMUALAIKUM WBT..semoga anda sihat dan diberkati..jom cete pasal emas
Mari sama-sama kita lihat.
Jenis emas
Perkara yang paling penting ialah jenis emas yang bakal dimiliki.
Seeloknya
ialah emas fizikal yang boleh di pajak atau jual bila-bila masa di
waktu perlu, bukannya akaun emas, saham emas, sijil emas, atau senangnya
emas maya tidak elok. Malah ianya tidak jelas hukumnya disisi agama
kita islam.
Emas
yang dimiliki ialah emas pelaburan iaitu, sama ada ianya goldbar, gold
coin atau dinar kerana kesemua ini memang dicipta khas untuk pelaburan
maka susut nilainya adalah kecil.
Manakala
emas dalam bentuk barang kemas pula kurang elok kerana susut nilainya
adalah besar apabila kita hendak menolaknya di kedai-kedai emas. Ini
kerana barang kemas bukan dicipta untuk pelaburan tetapi ianya sebagai
perhiasan wanita.
Ketulenan Emas
Ketulenan emas dinilai melalui karat atau 'k'.
Emas paling tulen ialah emas 24k, dan seterusnya 22.8k atau 23k, 22k, 20k, 18k
Semakin kecil karatnya, semakin kurang tulen emas itu.
Ia juga ada disebut dalam bentuk 3 angka sebagai mewakili peratusan emas dalam sebatian
Emas 999.9 ialah emas 24k, emas 995 ialah emas 23k, 916 emas 22k, 875 emas 20k dan emas 850 ialah emas 18k.
Semakin tulen emas yang disimpan adalah semakin baik.
Emas 24k, 23k dan 22k dikira emas yang paling baik untuk disimpan sebagai pelaburan.
Harga jual
Sebenarnya,
harga emas adalah penting untuk dilihat dalam membeli emas, namun ianya
bukanlah perkara yang paling penting kerana harga emas ini akan
sentiasa naik.
Walaupun begitu, adalah bijak untuk kita mendapatkan harga emas yang murah
Untuk
itu, kita kena tahu harga semasa pasaran dunia, harga semasa pasaran
tempatan yang ditetapkan oleh FGJAM dan harga-harga emas di banyak
tempat yang ditawarkan sebagai perbandingan
Sebagai
contoh, sekiranya harga FGJAM dan kedai-kedai emas di Malaysia menjual
emas 24k pada harga RM172/g, mengapa kita harus membeli emas 24k yang
dijual pada harga RM192/g
Spread
Spread ialah beza harga jual dan beli oleh pihak yang menjual emas kepada pelanggan.
Secara
mudahnya, peratusan spread boleh dikira dengan mecari beza harga jual
dan beli yang kemudian dibahagikan dengan harga jual tadi serta didarab
100.
Lagi kecil % spread yang kita dapat adalah lagi untung.
Ini
kerana, setelah peratus keuntungan ditolak dengan peratus spread
jual-beli, maka itulah untung bersih yang kita akan dapat sebelum
ditolak zakat sebanyak 2.5% setahun.
% spread adalah sangat penting untuk dilihat dalam membeli emas mengatasi aspek harga emas sebenarnya.
Mudah Dijual balik
Mudah
dijual balik maksudnya, sekiranya kita hendak menjualnya selain
memajaknya diwaktu terdesak, ianya mestilah mudah dan senang.
Menjual
emas kepada sesiapa pun memanglah mudah sebenarnya, tetapi untuk
mendapatkan keuntungan yang maksimum, seeloknya menjual emas kita tadi
kepada tempat atau orang yang kita belinya.
Emas
Poh Kong dijual balik ke Poh Kong, Wah Chan ke Wah Chan, Poh Win ke Poh
Win dan Public Gold kepada pihak Public Gold kembali samada dealer atau
syarikat itu sendiri.
Stok yang banyak
Jika kita nak menyimpan emas, biasanya waktu harga murah ramai yang ingin beli emas.
Penjual yang hanya menjual sedikit amaun gram emas sahaja diwaktu harga murah adalah tidak elok bagi kita pelabur.
Di waktu harga emas mahal dan tinggi, banyak pula stoknya.
Jadi ini tidak baik untuk strategi pelaburan kita dalam emas.
Oleh itu, memastikan emas yang dibekalkan adalah sentiasa mencukupi dan banyak adalah penting.
Jaminan belian balik
Emas
tulen seperti emas 24k atau emas yang masih lagi lembut seperti emas
23k dan emas 22k sangat senang terdedah kepada pelbagai risiko fizikal
seperti kemek, patah, terguris, calar dan bengkok terutamanya pada emas
24k.
Jadi, satu jaminan belian balik oleh pihak penjual emas tadi dari kita adalah sangat penting.
Ini
kerana, walaupun emas itu boleh rosak atau dirosakkan, namun, nilainya
tetap tidak berubah asalkan berat dan kualiti ketulenannya adalah sama.
GRAF EMAS HARI INI
JOM SIMPAN EMAS SEKARANG ..
TAKUT NANTI LAGI TAK MAMPU NA BELI
BERMINAT NA BELI



Tiada ulasan:
Catat Ulasan